|
Minggu Pertama Cuti Persekolahan Jumaat lepas jadi jugak Fa balik kampung. Semua adik-beradik berkumpul. Anak-anak buah 10 orang, masuk anak-anak Fa 3 orang jadi havoc rumah mak kejap..tapi seronok... Balik KL hari Ahad bawa mak sekali (mak nak cuti-cuti Malaysia kat KL seminggu). Xtvt Fa seminggu ni... Isnin - Duduk rumah aje..hubby busy tak boleh nak bawa mak jalan-jalan. Fa nak drive tak berani. Dah lama tak drive takut pulak rasanya... Selasa - Sebelah malam pergi rumah sepupu fa, dia baru bersalin anak ke tiga, perempuan...apa ek nama dia...kalau tak silap..Damya (panjang lagi nama dia tapi yang ingat itu je) Rabu - Bawa mak gi JJ dan Tesco Khamis - Gi ukur jalan TAR...hehe..dari pagi sampai petang...anak-anak tinggal ngan auntie dia.. Jumaat - Hantar mak kat rumah adik di seremban, malam pecut balik KL. Tamat dah....lama lagi nak cuti sekolah ni...rasa penat lebih sikit berbanding masa sekolah, ialah anak-anak ada kat rumah, macam-macam peel dia orang, dah rasa macam jadi 'tarzan' (jeling kat kat seri) je..sekejap gaduh, sekejap gelak, sekejap menangis dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya lah yang boleh membuatkan tekanan darah amat tinggi..tapi kalau nak difikir-fikir balik macam tulah agaknya time kita kecik-kecik dulu... Oklah nanti Fa update lagi... ** Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Cik Abang Fa...kesian dia busy sangat hari ni tak boleh nak celebrate kat mana-mana, apa-apa pun moga Allah sentiasa memelihara dan melindungi dia...ameen. ** juga buat Cik Wabbit dan anakanda Puan Wan...si Aysha...moga dua-dua insan ni sentiada berada di bawah lindunganNYA..ameen.. ** Tahniah buat Kak Ayu yang baru menyambut kelahiran puteri ke tiga pada 18 Nov. Semoga baby dan mama dia sihat-sihat aje... |
| Leave a Comment: |