:: HOLD ME TIGHT AND NEVER LET ME GO ::







Luangkan Masa Anda Di
Indahnya Kalam Allah


I am a
Sunflower

What Flower
Are You?




Daisypath Anniversary Years Ticker


Our Kids


Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker












MySpace Layouts


KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN

KAWAN
Boleh dicari dimana-mana
Tanpa perlu mengenal siapa dia
Merekalah kawan suka
Tapi bukan sahabat untuk berduka


SAHABAT
Yang sejati sukar dicari
Andai sudah bertemu
Mereka permata yang berharga
Kerana
Dialah sahabat suka dan duka


TEMAN
Menemani setiap perjalanan Hidup
Membantu setiap
Permasalahan hidup ini
Namun hanya dialah teman hidup kita
Hingga ke akhir hayat




<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



IsTaNa TeMaN-TeMaN


MySpace Layouts


chance made us friends
hearts made us sisters


kak birunila
kak nina
kak ryn
kak pink
dik tulip
dik itikquack


MySpace Layouts



TeMaN aLaM mAyA

abang long
adhan

adik bongsu
ahada
ct
cwazy wabbit
honeyza
kak em & an
kak ija
kak klena
lina
madoka miyajima
majidah
mersik
namika aihara
nur balqis
redsportcar
ryana
sang klavu
wan amalyn


MySpace Layouts


PeNuLiS NoVeL

aisya sofea
aleya aneesa
amaruszati noor rahim
anis ayuni
ayu emelda
bikash nur idris
damya hanna
dr hm tuah iskandar al-haj
eyman hykal
faisal tehrani
izza aripin
izzul izzati

john norafizan
lily haslina nasir
lynn dayana
matt romeo
meen zulaikha
najwa aiman
nia azalea
niamat' atiffi
nisah haron
noorsuraya
nor rafishah md. hassan
norzailina nordin
ramlah rashid
rose harissa
rozita abd wahab
salina ibrahim
sri diah
zaharah muhammad
zaid akhtar
zara juita


MySpace Layouts


InFoRmAsI TeRkInI

PeNeRbIt NoVeL

alaf 21
creative enterprise
fajar
intensmedia
jemari seni
kaki novel
karnadya
nylea publishing
rhythm

PeNgUlAs NoVeL

antu buku
carriekirana
gedung buku
koleksi novel ainil
koleksi novel liya
koleksi novel jihan
koleksi novel wan amalyn



Myspace




referer referrer referers referrers http_referer


Free Hit Counter
hit Counter



online
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, November 14, 2008
Break 5

Hari terakhir persekolahan...

Sepatutnya hari ni fa kena pergi sekolah zati ada hari penyampaian hadiah & sijil tapi terpaksa cancel last minit..

Hubby tak sihat badan sejak semalam, muntah & cirit birit, entah apa yang dimakan, fa suspek ayam percik yang dia beli kat pasar malam..dan naik lembik nak jalan pun tak larat..tanya pagi tadi bole tak hantar zati, dia kata tak larat so fa pun call cikgu zati minta tolong dia jemput zati..

Kesian jugak dengan zati...sedey je muka dia, nasib baik fa dah bekalkan dadih untuk jamuan dekat sekolah dia...

Balik sekolah ceria je dia, dapat macam-macam hadiah..tapi ada satu yang dia tak puas hati...

"ibu, tadi kawan Ati bagi cikgu hadiah, kenapa kita tak bagi cikgu hadiah, kesian kat cikgu"

dalam hati fa "ya ampun, lupa sungguh..." dengan muka kesian fa pun kata kat dia.

"Alamak, ibu lupalah Ti, tak pelah dulukan kita dah bagi cikgu hadiah (merujuk kepada hari guru)" sib baik dia tak banyak soal...

maknanya lepas ni fa kena lebih alert dengan benda-benda yang macam tu, sebab dia ni memang cukup-cukup sensetive dan banyak soal tak macam abang-abang dia...

Apa lagi ya....oh yaaa...

semalam jugak adik fa yang tinggal sekali ngan fa ni, accident dekat putrajaya. Ni pun salah satu sebab fa tak dapat pergi sekolah zati..

Taklah teruk sangat, cuma patah 3 jari kaki kiri (tak teruk ke tu...teruk jugakkan) tapi dia tak bole jalan, fa nilah tempat dia bergantung untuk dia berjalan, kesian...

Oklah...nanti akan fa sambung d next n3, nak kena berkemas malam ni nak balik kampung, esok ada kenduri...

Da..da..jumpa lagi ya...


Posted at 01:24 pm by infazety
Make a comment  

Thursday, November 13, 2008
Break 4

Hhhmmm....Apa Ya...

Assalammualaikum wbt...

Apa yang patut infa tulis ya....entahlah..tapi memang hajat d hati nak menulis balik kat blog ni...kesian...dah lama sangat 'bersawang' dan 'berabuk'..

Tak tau dari mana nak mula bercerita dan berhikayat tapi sepanjang last n3 infa (17 January 2007) hampir 2 tahun lamanyakan, banyak sungguh kenangan-kenangan terindah yang fa alami... tak kurang juga kenangan yang boleh dikatakan kurang indah..

Tapi apa-apa pun syukur kepada Allah swt yang masih memberi peluang pada fa untuk berada di sini, berkongsi cerita suka & duka dengan teman-teman semua...

Permulaannya fa kena update apa-apa yang patut dalam blog ni...banyak informasi yang fa rasa dah expired...

Nantilah fa cuba-cuba rewind segala macam cerita yang fa rasa-rasa boleh share kat sini...terlalu banyak, maklum ajelah dah dekat 2 tahun sedangkan dalam masa 1 hari pun bermacam-macam perkara boleh jadi, inikan 2 tahun...

Berhenti setakat ini dulu....sejak-sejak dah tamat perkhidmatan ni ada hobi baru...jadi penonton setia senetron...hihihik kelakar dulu dok mengata jiran sebelah rumah....la ni kena batang hidung sendiri...

K...INTAN dah start, so kena stop nak tengok sambungan...

Hingga bertemu di lain n3...insyaallah...

 


Posted at 09:49 pm by infazety
Make a comment  

Wednesday, January 17, 2007
Break 3

Assalammualaikum wbt...Smile

Haiiiiiiiii....salam ceria, salam tahun baru (boleh lagi kan Wink ). Hik!Hik!Hik! Apa nak jadilah dengan blog :: Hold Me Tight And Never Let Me Go :: ni.  Macam nak kena LET GO je kan... Sad. Rasa-rasanya virus M tu dah tak ada dalam diri infa cuma lately ni busy sikit kat ofis, menyiapkan kerja-kerja yang 'tersangkut' untuk tahun lepas. Boss dah galak kali memekak minta final account. almaklum aje lah, staff-staff dah mula memerli dan jeling-jeling maut tanya BONUS.

Pesta buku makin hampir (bulan April kalau tak silap), novel-novel yang infa beli masa pesta buku last year pun masih tak habis lagi dibaca,Sad mana dengan novel-novel pinjam lagi, lepas tu kalau ada kesempatan pergi kedai buku, tangan ni gatal jugak mencapai dua tiga biji lagi. Tongue Aduhaii entah bilalah nak habis novel-novel tu...Smile

Oklah, dah mula nak merapu. Stop kat sini dulu ya!!! Opsss lupa... infa nak ucapkan Happy Belated Besday (sorilah kat nama-nama ni ya!! harap dimaafkan) Wink

Izzul Izzati - 01 January

Ruby Hazry - 07 January

Kak Noor - 11 January

Semoga kalian bertiga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Ameen....

** Terima kasih pada anda semua yang meninggalkan message di tagboard-tagboard di sekeliling rumah infa ni. Smile


Posted at 01:12 pm by infazety
Make a comment  

Friday, December 08, 2006
Break 2

Assalammualaikum wbt....

       Salam untuk semua pengunjung-pengunjung blog infa. Smile Lamanya infa bertapakan, dari zaman hari raya aidilfitri sampailah nak ke zaman hari raya aidiladha. Lagu raya pun masih ada lagi...hehe...malunya, Shadesada masa nanti infa tukar dengan lagu yang baru. Dah nak hampir 2 bulan lamanya infa tak menulis atau membalas segala message-message di tagboard-tagboard dalam blog ni. Minta ampun minta maaf ya!!!Angel

      Kenapa ya infa jadi macam ni...aduh!!! entah macam mana nak cerita pun tak tahu. Actually banyak benda yang nak berkongsi dengan semua tapi sejak virus M Tongue(orang2 tertentu je yang tahu apa makna M tu) menyerang, satu benda pun tak boleh nak buat. Otak beku je...kalau kak sue dan kak pink kekurangan oksigen, infa ni bolehlah dikategorikan terlebih oksigen..hehe..ada tak sesiapa yang nak terima oksigen infa ni..atau ada ke pusat untuk menderma oksigen ???? Wink

      Bukan hendak terus menyepi tapi entahlah....macam-macam benda yang berlaku. Hajat dihati hendak tutup aje blog ni, tapi sayang pulak.....ialah dari blog inilah infa kenal dengan kawan-kawan semua, bukan sedikit bilangannya. Dapat kenal ramai kakak-kakak, adik-adik dan kawan-kawan yang sangat-sangat prihatin semuanya. Sayang anda semua....WinkWink

           Message-message di tagboard-tagboard yang berada disekeliling blog ni, akan cuba infa jawab, cuma cepat dan lambat aje ya....Selama 2 bulan ni, setiap hari infa datang menjenguk blog ni (kecuali hari cuti). Semua message-message tu infa dah baca, cuma tak jawab je...entah kenapa kali ni virus M tu cukup susah nak hilang...Hurmph

         Oklah....doa-doakan virus M tu tak akan melanda infa lagi. Susah nak cari antibodi untuk halang virus M ni...fuhhhh!!!!Shades


Posted at 12:02 pm by infazety
Make a comment  

Thursday, October 19, 2006
Break 1

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

UNTUK PENGUNJUNG-PENGUNJUNG SETIA BLOG INFA, TERIMA KASIH!! AMPUN & MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP DISEPANJANG USIA PERSAHABATAN INFA DAN ANDA SEMUA. TERIMA KASIH UNTUK SEBUAH IKATAN UKHWAH YANG AMAT MANIS DAN BERMAKNA BUAT DIRI INFA.

BUAT MASA SEKARANG BLOG INFA TAK AKAN ADA SEBARANG N3 TAPI TAK TAU LAH UNTUK AKAN DATANG. MUNGKIN ANDA SEMUA AGAK PELIK SEBAB TERLALU BANYAK TAGBOARD DI BLOG  INFA. INFA SEGAJA SEDIAKAN UNTUK ANDA SEMUA, KALAU RASA-RASA TAK PUAS HATI BOLEHLAH LUAHKAN APA-APA YANG TERBUKU DALAM HATI TU YA!!!...

KEPADA YANG PULANG BERAYA DI KAMPUNG TU, INGAT-INGATLAH ORANG YANG BERAYA DI BANDAR YA!!! DAN KEPADA SESIAPA YANG MEMANDU UNTUK PULANG KE KAMPUNG, HATI-HATI DI JALAN RAYA, INGATKAN ORANG TERSAYANG YANG SEDANG MENANTI KEPULANGAN ANDA!!!!

DAN KEPADA SESIAPA YANG SUKA SANGAT MAIN MERCUN, BOMB ATOM, MERIAM BULUH  ATAU APA-APA YANG SEWAKTU DENGAN BAHAN API NI, BAWA-BAWALAH BERTAUBAT, JANGAN SAMPAI DAH PUTUS KAKI TANGAN BARU NAK BERTAUBAT, DAN NASIHAT-NASIHAT KAN LAH APA-APA YANG PATUT PADA KELUARGA ANDA SEMUA!!!

SELAMAT SEMUANYA YA!!! INSYAALLAH PANJANG UMO, KITA JUMPA LAGI!!!

ASSALAMMUALAIKUM WBT...

 


Posted at 01:12 pm by infazety
Make a comment  

Previous Page